MeSpeaks

 
WhAt i Do...
I manage my own company call PHANTER ENTERPRISE. I'm trying to make this business bigger and success. Currently trying to survive this harsh business life...
My MaLaysIan DrEams
To have a better life and gain HIS blessing every second in my life...
SoK sEk CoRNer

ShoutMix chat widget
fOr TimE iS pReciOus
kesian mode....
Tuesday, October 21, 2008
Hari nih i just got call from who i love as a small sis....YANA

Sad story... and kesian Mode...

The guy who she's been with now, lied to her.. with that stupid statement! I have a GF already... What on earth that this IDIOT guy think!!! Geram betul nih.... Nak Tut Tut.... tapi aku kan nak start blog nih dgn sesuatu yang baik.

DAMN!

I just want to say this to that FILTY guy...

LISTEN! you are not worth it even to be remembered!

ENOUGH SAID....
posted by myview @ 5:34 PM   0 comments
Kucing Kesayangan ku.....
Friday, October 17, 2008
Hari nih terasa macam nak cerita pasal keluarga tambahan dalam family aku.... Siapa lagi kalau bukan kucing2 kucing kesayangan....

Firstly cerita pasal yang hidup k?

ADiK





Dia nih kucing kesayangan abut. Tapi masa dia kecik2, aku lah yang selalu tido dengan dia. Masa tu abut sayang GEMUK. Kenapa panggil dia adik, padahal dia yang paling tua? Ooo... masa dia tiga beradik, dialah yang paling kecik. So.... panggil lah dia adik. Masa mula2 panggil dia adik, ANGAH selalu confuse... ingat org panggil dia... hehehe...

Biodata adik :-
  1. Tempat Lahir : Matrikulasi Londang, Melaka
  2. Warna : Putih
  3. Warna Mata : Biru
  4. Jantina : Betina
  5. Tebiat OK : Manja
  6. Tebiat KO : Malas bersih kan diri sendiri (selekeh)
BuLat




Nih kucing kesayangan aku. Masa ambik kat MMU, adik baru jek kehilangan 2 ekor kakak nya yang lain. Masa dia kecik2 kami ingat dia betina. Sekali dah besar sket, EH! lain macam lah pulak.... SO, dia nih mmg penyayang orangnya. Even si KecIk, kucing yang baru tu pun dia yang jaga. Pandai kan? Yang penting dia bukan PONDAN tau. Macho lagi bergaya ok. Cuma dia manja sangat-sangat. Napa nama dia bulat? Masa mula-mula tu, kalau kasik dia makan, dia makan sempai perut dia BULAT! serius... selagi letak makanan kat depan mata dia, habis dia tibai. Bila makin besar, takut juga dia OBESITI, bawak pi jumpa doktor, Doktor kata OK! Nasib ahhh..... (kalau tak jadi cam tuan dia... HAHAHA!). Dia nih pernah hilang 3 hari, satu umah rindu kat dia. Especially aku, tido pun leh nangis....

Biodata Bulat :-
  1. Tempat Lahir : Multimedia University, Melaka
  2. Warna : Oren Belang Putih sket
  3. Warna Mata : Coklat
  4. Jantina : Jantan
  5. Tebiat OK : Bersih, Manja
  6. Tebiat KO : Suka bersihkan kuku kat kusyen mak, sampai koyak2.
KechIk



Kecik nih jumpa kat longkang depan umah. Patutnya nak namakan dia NgKang (Longkang arr) Tapi.... NgKang tu nama kucing yang jumpa dalam longkang sebelum dia. Sayang sangat ngan NgKang..... Tak dapat diselamatkan. Sebab dia kecik sangat. KecHik nih semangat nak hidup dia tinggi. Masa mula2 jumpa dia, nak berdiri pun dia tak larat. Sbb tak makan. Masa mula2 tu nyusukan guna botol. Lepas dah ok... Try kasik dia makan makanan kucing yang lembik. Tgk dia dah ok dan cergas, barulah di letakkan bersama bulat. Bulat jaga macam anak dia sendiri. (Mungkin anaknya kot) Ntahla..... Kecik sangat2 aktif. Tak larat nak layan dia.... kita baring pun dia leh main terkam2. Penatlah ibu, kecHik!!

Biodata KechIk :-
  1. Tempat Lahir : Taman Angkasa Nuri, Batu Berendam, Melaka
  2. Warna : Oren Belang Putih sket
  3. Warna Mata : Coklat
  4. Jantina : Jantan
  5. Tebiat OK : Aktif
  6. Tebiat KO : Suka gigit-gigit.
Ok.... yang arwah....besoklah k?

Enough said..


posted by myview @ 7:24 PM   0 comments
oPen shOp doUbLe ke SingLe?
Tuesday, October 14, 2008
Semalam kehidupan agak hectic sikit. Banyak betul kerja yang perlu dibuat. Cuti yang tak cuti sebenarnya. Off day yang ON sebenarnya... hahaha.... anyway. nak cerita sket apa yang berlaku..

BuLat dan DemamnYa


Bulat demam

Kucing kesayangan yang bernama BULAT, dah 2-3 hari takmo makan. Semalam aku bwk dia pi klinik. Ala siannya... Doktor kata suhu dia 42 degrees... Pastu tekak dia merah, patutlah 'anak' aku tak nak makan. Sian dia... kena injection sekali. Then malam tu, paksa jugak dia makan mknn kucing n ubatnya.

mEmbeLi beLaH, mEnGoSonGkaN duiT

hari nih aku cadang nak buat open shop. Jadi aku pun pegilah membeli barang keperluan sambil mengajak intan sekali. Ye lah, kedai aku buat double open shop bersama PURA CENDANA. Banyak juga barang dibeli, sebab aku beli barang2 untuk keperluan kedai sekali. (Baru nak kumpul duit...ish!) Dalam kul 6.30 kami pun sampailah di melaka mall, membawa segala barangan yang kami beli.

Al-kisAh hAri iNi....

DoubLe ke SingLe?

aku kecik hati sangat. bila sampai2 kedai, melaka mall susun kerusi n meja betul betul depan kak ipah jek (pura cendana) kedai aku macam terasing. Aik!! Apesal lak nih? aku diam kan aje. Yang aku lebih kecik hati, kak ipak kan tahu, kitaorg nak buat open shop sama-sama. Bukannya aku tolong dia buat OPEN SHOP. Lebih lebih aku GERAM sangat2, INTAN n DILLA tau aku yang start nak buat jamuan hari raya nih, apesal diaorg tak arahkan susun kerusi tu macam mana... oklah! disebabkan aku kecik hati sangat2 aku MALAS nak pegi OPEN SHOP tu.... Aku rasa apa yang aku buat lebih di makan orang lah. Yelah, kak ipah nih panggil CUSTOMER DIA, tapi masak bihun satu bekas kecik jek.

Kalau aku tahu, air, kuih, n kuah lontong tu, aku letak kat kedai aku. Pastu, aku ambik balik mangkuk yang aku beli semalam. Tinggal masak nasi himpit n ambik cawan n sudu kat umah. Dah jadik OPEN SHOP aku. Aku SUNGGUH tak puas hati!

Aku tak hingin buat lagi dengan diaorg or maybe buat apa2 kat mlk mall. Korang nak buat? Buatlah sendiri.. pi beli sendiri. Duit minyak aku pun, aku HALALkan ajek. Ini kali pertama aku kecik hati dengan KAK IPAH, INTAN n DILLA. Dan ini kali terakhir aku buat OPEN SHOP. Double what ever B*** lah...

ok...enough bout that.
Family dari Sgpore

Hari sabtu lepas, nenek n sedara mara aku dr sgpore dtg sini. Riuh jugak lah.... macam macam cerita tapi aku tak nak fikir sangat... Aku cuma nak upload sket gambar2 kat sini...

Nenek, Che' Nyah, Nor tgh mkn


Abah tgh layan sedara jauh makan


Nenek, Imah, Iwan ( makan pagi sambil santai)


Che Nyah berGaya di pagi Hari


Diaorg nih semua benda diaorg ambik gambar

Diaorg datang kejap jek. Petang tu kul 3.30 dah kena hantar Melaka Sentral. Tapi sebelum balik tu, diaorg semua datang membeli belah kat tempat aku kerja...
A bit of everything...


Kat kedai aku

Gembira, Gorgeous, Ganasz.... 3G
Ok dah habis semua cerita.... daaaa
posted by myview @ 9:13 PM   0 comments
apa nak jadi dgn budak skrg....
Thursday, October 9, 2008
First of all.... nak ucap besday kat my fren who i love as a brother to me. MOHD FIRDAUS MOHD NASIB. Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki. Semoga akan lebih berjaya dari sekarang dan sentiasa dilindungi YANG MAHA KUASA. Amin....

Nak cerita pasal sket psl besday boy nih...


Firdaus AKA Towel

Nama budak nih MOHD FIRDAUS MOHD NASIB. Tp fames nama towel. Fames ke?? Anyway... Budak nih lahir 9/10/1983 ... kalau tak silap aku lah. Sejak aku kenal dia nih, dia nih happy go lucky jek orangnye. Tp aku pernah tgk masa dia tgh UP UP n the way.. and DOWN the road. SO that's life kan?

Aku paling hengat time pi ksk motivasi kat sekolah agama ahmadi.... nak tutup sesi group discussion tu... dia akhiri dengan NYANYIAN dari BELIAU. wah!!! tak tahan.... FAMES terOVER! hahaha..... (aku tak jeles ekk!)

Sekarang nih kerja cikgu. (apa ke benda lah kerja cikgu) Tapi aku RESPECT kat dia.... sbb balik kg leh jaga mak n ayah. Macam aku lah kiranya... (hahaha..tak nak kalah neh!) Dalam minggu nih budak nih HAPPY sangat.... sebab F tu datang. Jgn lupa kat GF tau! Along doakan hubungan ngko dgn GF ngko tu berkekalan hingga ke anak cucu. GF ye... bukan F.. hahaha !

APa nak jadi dgn budak sekarang nih?

Semalam on the way balik umah, aku terserempak dengan sekumpulan monyet bawak motor. Kadang-kadang aku berfikir.... apa ke hal lah ngan bebudak nih. Nak mampus cakap lah. Aku tolong langgar kan je. Takpun.... AKu dengan rela hati tanam diaorg nih hidup-hidup. Menyusahkan orang betul! Laju tu seronok, buat perangai mcm monyet memang enjoy... tapi SEKSA kat KUBUR lagi BEST! BODOH!

ok ok... enough said!

posted by myview @ 1:38 PM   0 comments
mOod RayA LagiK...
Monday, October 6, 2008
Mood raya

Aku rasa semua orang masih merasakan mood raya dalam diri diaorg. Ye lah! Baru masuk raya yang ke-6. Aku raya pertama n second masih open kedai as usual. Bosannye.... tapi ALHAMDULILLAH. ALLAH kasik rezeki kat aku hari tu.

Rasa cam nak pi raya rumah kengkawan. Tapi tak tau nak pi umah sapa. Sebab kawan2 banyak yang jauh2. Lgpun, sapa plak nak jaga kedai since fahmi nak exam. PASRAH jek lah.

Takder hati Perut ke?

Sepanjang aku meniaga kat Melaka Mall nih, ramai yang jadikan aku tempat untuk bercerita. Entahlah! Sampai fahmi kata aku nih counter meluahkan perasaan. Dalam banyak2 cerita, aku kesiankan sorang daripada rakan aku nih. Aku tak tau lah macam mana dia boleh bersabar. Sampai aku rasa dia nih patut dapat standing ovation dengan kesabaran yang dia ada.

Dia mengadu kat aku, bulan lepas dia tak dapat BONUS pun. Itu dia kata tak kisah sangat. Tapi OT dia BOS dia kira sama jek although hari bercuti dia. Ye lah, bulan lepas kan bulan Ramadhan, jadik bos dia nih suruh lah dia nih FULL SATU BULAN. GILA KAN??

Kesian plak aku tgk dia. Nasib takder anak lagi. Kerja bagai nak gila, dapat paid sikit jek. (nih aku faham sangat, sbb aku dulu pun macam tu) Rasa macam unfair sangat. Ada ke BOS dia leh buat macam tu? bukannya bangsa orang lain, orang KITA jugak. TAKDAK akal ke?

Pastu, aku dapat tau perangai adik dia (adik bos dia) yang suka sangat berhutang. Entahlah! berhutang ke buat buat lupa.... Aparaa.... Dahlah orang tu tgh SESAk adik dia MEMERAH orang pulak. Can Ci Lot betul!

Aku cuma dapat melihat dan mendengar. Nak aku masuk campur, aku tak mau gaduh2. Lagipun aku bukan siapa pun kat kedai tu. Sabar ye Nadia....

Gedik nyEr

Budak-budak pompuan kat tempat aku niaga nih... PANTANG tengok adik aku yang lelaki tu datang kedai. Mulalah GATAL satu badan. Hahahaha. Aku pun tak tau lah napa. Mulalah terpanggil-panggil... Tapi takut gak nak datang kedai, sbb aku ada. Hahaha... BODOH! aku tak berkenan dengan depa nih. Bukannya aku tak pernah nampak diaorg berpeluk dengan JANTAN lain. Eh!! ada hati nak kenen-kenen adik aku. Dunia dah maju... Zaman dah berubah!


Hensem ke??

ENOUGH SAID

posted by myview @ 6:23 PM   0 comments
mAcam mAcam Ada aDa
Sunday, October 5, 2008
arghhh.....

BoDoh, Babi, sYiaL, hAnjing, LakNat....

banyak gila aku dengar perkataan ini hari ini. Mana taknya ada lah segelintir bebudak muda yang masuk kedai aku hari nih, hanya memanggil kawannya dengan nama ini. Macam dah lazim. Tapi aku macam tertanya-tanya, mungkin nama dia bodoh bin si polan, atau babi bin si polan. oo.... whatEVER!

oRang dAn buTang CANCEL.

aku sering lihat, orang-orang nih suka sangat dengan butang cancel. Tak nak baca ke apa yang tertulis diatasnya. Oh tidak! kalau ada choice log-in atau CANCEL. Tekan CANCEL. pastu boleh ternganga kenapa takleh nak masuk pc. macam-macam ada...

majlis kenduri PAK TEH

on 2nd Oct hari tu aku bertolak dari melaka pukul 10 (after tutup kedai) ke PERAK untuk majlis perkahwinan pak teh aku. Sampai kat perak dalm pukul 5 pagi (3rd Oct). Bangun pagi je, kami terus bersiap untuk melawat kubur arwah atuk mahadi yang berada di sungai siput (moga rohmu dicucuri rahmat tok). Dalam perjalanan pergi tu, mak ceritalah susur galur family dia. Mak nih jarang cerita pasal sejarah family dia, so bila dia bercerita, best mendengar nye. (rasa mcm filem bwg putih bwg merah, serius tak tipu) kalau family abah nih macam cerita pejuang-pejuang bangsa (macam cerita MERDEKA 1957)

so... nak dijadikan cerita, abis jek mak cerita tu, kami ajak mak carik kubur arwah nenek mak (ibu kepada arwah atuk mahadi) lepas lawat kubur arwah atuk mahadi. Nyang nih aku pernah jumpa sat je. Itupun aku tak berapa nak ingat. Alhamdulillah, kami jumpa dan sempatlah mengemaskan sedikit kawasan kuburnya, dan tidak lupa sedekahkan AL-FATIHAH.

Balik jek umah, dah start operasi menolong opah di dapur. Potong bawang lah, potong daun serai lah, potong nenaslah, macam-macam lagik. Aku sebenarnya, masa tgk keluarga PAKLANG mai, aku dah mula tak syok! (MAMI JARUM tuuu) Aku buat tak tau jek. Basuh ayam dalam bilik air (pandai nyer maklang nih!) datang mak aku, basuh kat luar lah.... apa lagik. Pagi sebelum pi tu, kami dengar MAKLANG tu dok heboh dia nak masak makanan pengantin. (aku cam... ye ke?)

Aku malas nak layan sangat, sebab aku rasa bagus jugak. Mak aku leh rileks sket. Fikiran aku dah fikir nak kuar jek petang tu. Selepas menjadi cucu yang baik, aku, angah n abut (charlie's angel) mengorak langkah jalan-jalan ke bandar. Tak pi mana pun, pi JJ jek, jumpa TOWEL. Adik aku yang hero tu, kwn2 dia mai ambik dia. Maka berjalanlah perempuan-perempuan chantek ini ke BANDAR!

Aku, angah, abut n towel @ MCd JJ

Pastu we all went for a MEMEKAK session. Hahaha... tak tau nak buat apa dah!


Angah n Abut posing jek lebih.

Aku Nyanyi seSuka hAti (toWel PasRah)

ToweL nYanyi (aKu pLak PasRah)

Hahaha. Apa-apa pun we had a BLAST! janji ENJOY! Selepas membantai nyanyi 10 lagu. Kami pun berangkat lah pulang ke rumah. Dalam kul 9.30 kami pun sampai umah. Baik neh! (kalau kat umah sendiri kul 12 lum terpacak lagi kat umah) Balik tu, kene bebel ngan atuk arif dulu. Lepas kitaorg cakap elok2 dia... OK jek. hehehe....

Sebelum tido, acu ida dok cerita pasal HAi-O. satu peluang yang baik, dan aku rasa nak mencubanya. Aku rasa aku mampu.... tengoklah! aku kena carik wang permulaan tu. Kul 2 pagi baru tido.

Then esoknya kul 7.30 pg dah kena bangun. Ngantuknya!! bangun, tolong2 lah apa yang patut. Pastu aku pi mandi. Pastu tetiba abah kasik idea kat opah suruh psg langsir kat tempat makan pengantin sebagai background lah. AduS! geramnye.... Buatlah benda ngOk tu. Dan Hasilnya... sampai malu nak tunjuk. Hahaha.... kerja adHoc. masa pun tinggal 30 minit orang ramai nak mai. Geram tul! Naik atas tukar baju, aku, angah n mini (maid mak aku) ditugaskan jaga makanan. Sorrylah makanan kena catu, Opah tu masak budget sangat. Bila kami nak tambah, dia bisisng2 tak kasik. Orang nak lauk lebih terpaksalah kami buat muka toye jek! malunyer.....


Ateh n Mak Teh panJaT bukit



Tulah Tirai yang aku n abut buat




Kami yang keletihan (makan TIME)

Tepat kul 5 kami semua dah FLAT (apa lagi membungkam) Malam ni dah lah nak bertolak balik. Bah kasik ANGAH tido lebih skit. Tapi, malam tu ramai yang pujuk takyah balik dulu. Ajak ngeteh lah apa lah. Aah pulak tegaskan NAK BALIK jugak! So, sebelum balik kami singgah ada ATUK alid (adik opah) makan TOSAI. BEST! tapi nak pi tu, kena tunggu maktam plak sampai. Lama gila! kami pun apa lagik, posing ahh!




4 Jejaka Perasan (Fahmi, Adib, Farhan dan Faris)


hEroeS 'n' Opah


GiRls n OpaH


Last but not least aku adik beradik, with Opah, Mak n Mak Long

Toyol ke Orang?

Sehari sebelum kenduri tu, maklong ada cakap kat aku yang hand bag dia terbuka sikit. Aku cam tak sedap hati. Uiks... ada toyol ke? aku suruh maklong check dulu, kalau betul2 ada hilang baru kita bincang. Then, maklong senyap jek malam tu. So, aku ingat takder apa2 lah kot.

Tapi masa hari kenduri tu, beg besar yang kami simpan beg duit kami terbuka pulak. Dah plak! Toyol lagi ke? Kami tak mau lah buat kecoh sangat. So, malam tu nak balik baru kami check. Dalam perjalanan pulang, abut baru perasan dia hilang RM 150. Ha?? Adus, toyol nih MELAMPAU lah....

Toyol nih kalau betul toyol aku tak kisah sangat. Nih TOYOL kepala manusia. Susah kan? Mak kasik tau maklong malam tu. Pastu, maklong pun bukak lah cerita yang dia pun hilang around RM 100. Disbbkan family maklong n aku malas nak kecoh. Kami senyap jek lah!

Tapi hari nih, OPAH call mak. Tanya betul ke ada duit hilang. Mak cam pelik jek. La... takkan maklong ksk tau kot. Rupanya, atuk marah TOYOL tu pagi tadi. Then datang bapak TOYOL tu, kena bantai teruk. Teruk jugak lah kena bantai. Adus! Adus! Memanglah abut pun marah duit dia hilang.... sebab tu duit raya yang dia ingat nak tampung bayar sewa rumah dia bulan nih. Tapi takdaklah sampai nak menghukum sebegitu sekali. Kalau aku, aku carik kat mana dia simpan duit tu. Bukan main bantai jek. Ok aku tau TOYOL tu banyak mencuri, tapi kalau kita dapat buktikan dia salah... kan lagi baik?

Apa-apalah.... BAPAK n MAK toyol tu pun taklah betul sangat. Takkan lah nak salahkan si TOYOL kan?

ENOUGH

posted by myview @ 6:17 PM   0 comments
AbOut Me

Name: myview
Home: Melaka, Melaka, Malaysia
About Me: i LovE BeiNg Me.. i LiVe mY LifE 2 tHe FulLest. I'Ll sAy wHat i wAnt To Say....so U bE STroNg
See my complete profile
LoNg LonG tImE AgO..
Archives
...tHey WhO wrItes...
Powered by

BLOGGER

© MeSpeaks .Blogspot Template by Isnaini Dot Com