MeSpeaks

 
WhAt i Do...
I manage my own company call PHANTER ENTERPRISE. I'm trying to make this business bigger and success. Currently trying to survive this harsh business life...
My MaLaysIan DrEams
To have a better life and gain HIS blessing every second in my life...
SoK sEk CoRNer

ShoutMix chat widget
fOr TimE iS pReciOus
Cuti-Cuti Malaysia..... Pulau Langkawi Part 1
Friday, January 30, 2009
On 23rd of January.... around 11pm bertolaklah family aku ke tempat yang dituju... That is... Pulau Langkawi. Excited juga dgr bila mak kata dia nak pi sana... Since kali terakhir aku ke sana masa aku kecik dan berhingus lagi.

Jalan jangan cakap lah... jammed memanjang. Iyelah semua org ambil kesempatan cuti raya cina yang panjang ini untuk bercuti. First stop is Seremban, sebab ambik ami (my lil bro). Next stop, is Shah Alam.. ambik abut (my 3rd lil sis). Disebabkan perjalanan ke utara, sebab tu mak plan diaorg nih takyah ambik tiket bas balik. On the way tu kami jemput jek. So, tak membazir duit tiket.

Lepas tu, angah berenti kat RnR kat mana ntah... Tak ingat. Sebab semua org kelaparan actually. Terutamanya aku yang tak makan malam lagi. So, makanlah sarapan yang paling awal.... Masa tu dah kul 2 pagi rasanya...

After makan, kami teruskan perjalanan ke destinasi yang dituju. Dua kali jugaklah angah stop sebab keletihan drive. Actually angah nih mmg kuat ketahanan mental dia. Tapi kali ini dia tewas, sebab kereta banyak n rasa letih menekan brek. Abah pun byk meragam kali ni. Kaki lenguh2 katanya. Maybe kena beli keta besar sket kot (hehehe). After kuala kangsar, ami plak drive (nasib dah ada pemandu yang lain... kalau tak mesti aku kena... hahaha).

Dalam perjalanan tu.... rasanya kat gurun, kedah.. kami terserempak dengan kemalangan antara bas dan kereta satria tak silapnya. Bas tu terbalik.... Kereta remuk teruk jugak. MasyaALLAH..... masa tgk tu.... nampak bebudak sekolah menengah kuar dari bas yang terbalik tu... Nampak yang kuar tu cedera ringan. Tak tau lah yang lain.....

So... Abah terus kata... "ami, bawak keta perlahan sikit pun takpe, janji sampai dengan selamatnya." Semua macam diam tanda setuju. Mungkin sebab tergamam tgk kemalangan tadi. Sampai jek kat kuala kedah, family maklong (adik mak) dah tunggu. Around 9.30am gak lah baru sampai. Nasib family maklong yg tinggal kat penang, sampai awal. Jadik depa yg belikan tiket feri dulu...

After park keta, kami terus pegi gerai tepi jeti tu minum2 dulu. Naik feri kul 10.30 am. Masa tu ramai sgt org. Dengan membawa bekalan beg plastik n uphamol 650.. aku pun naik lah feri tu.. (takut tul naik feri nih... dah lah mabuk laut)...

Laut agak bergelora jugak.... Perjalanan mengambil masa 1jam 30 minit untuk sampai ke jeti pulau langkawi.... Sesampai je di sana... (akan disambung ye)
posted by myview @ 4:18 PM   0 comments
Hari mencari quotation....
Thursday, January 22, 2009
Aktiviti hari nih...

Me, angah n mak pi lah jalan2 kat melaka raya untuk carik quotation untuk aku hantar pada sme bank. So the first company aku pi is YEPE @ melaka raya. Bila aku masuk, and tanya lah pasal product yang dia ada.... Dia pun cerita2 lah. Then aku kata lah... aku nak quotation pada certain2 barang yang aku nak. Soklan pertama dia, nih untuk buat loan ke? Aku cam, quotation tu kan sebut harga, saya nak untuk company lah. Sebelum beli barang and decide kenalah bagi quotation. Dia cam terdiam sekejap.

Then aku pun katalah, "miss,dont you think this is a procedure in a company?. If i wanted to bust things i need to ask my partner and staff to see wither it is worth to buy or not. But, it is ok if you dont follow this. I do understand that sometimes people dont follow this proper way. Have a nice day, miss!"

Then aku pun keluar dari kedai tu. So, aku cam fikir. Susah jugak kalau nak dapat quotation rupanya. Memang nak carik quotation nih, kena carik kawan2 aje ke? Bukannya aku suruh bukak invoice. Aku cam pelik sangat. Menyampah pun ada! Quotation kan valid untuk beberapa bulan jek. So, apa kes takmo kuar? Luak ke?

So, aku pun ikut jek mak beli barang. Malas nak fikir lagik. Around 4.30 pm aku pun sampai kedai. Nasib sempat. Kalau tak zul kena OT hari nih macam semalam.

Dalam perjalanan ke kedai tu, sme bank call untuk setup hari perjumpaan. So, aku suggest awal februari, and dia bersetuju. So... aku kenalah kemas kedai sikit2 selepas balik bercuti nanti.

What a busy day....
posted by myview @ 6:53 PM   0 comments
cerita kahwin
Sunday, January 18, 2009
ha... hari nih aku nak story pasal kahwin2.... hahaha.... pehal pulak nih kan? ala... saja je.

semalam dapat borak dgn member praktikal n kerja lama.... si amir. And he told me that he's gonna get married on this 31/5. Wah! good news....

Aku masih ingat lagik...

Mamat nih, walaupun hakikatnya dia nih tua dari aku berapa bulan tak tau ahh... aku nih still cam kakak dia. Kitaorg rapat gak masa praktikal n kerja dulu. Maybe sbb kita sesama mmu student. Oklah dia nih... takderlah teruk sangat! Sangat baik sebenarnya... and a THINKER! lama sangat fikir... sampai kekadang tu aku selalu meLETOP... hahaha! pernah gak gaduh kat pejabat dgn dia nih.... sampai tak bertegur... ala..AKU YANG OVER! dia as always...COOL! cuma org kat pejabat nampak pelik tengok kitaorg tak bercakap... sbb selalunya.. kitaorg mmg kamceng ahhh... Tapi lelama tu.. tegur gak! Friends are forever maaa..... Masa muda dulu... BARAN tu mmg sifat yang aku takleh kikis. Sekarang nih dah semakin wiser...

Tahun nih ramai betul kawan aku yang nak kahwin. I'm happy for them... Really happy...

AZI bila plak?

Nih aku sendiri lemas nak jawab. Tipu kalau aku kata aku tak nak kahwin. Tapi dah takder jodoh lagik. Takkan nak terkepoh2 nak meng'advertise' diri. Lagipun, aku yang semakin wiser nih merasakan, aku patut cari happiness untuk diri aku dulu. Aku cuma fikir, cukup ke aku berbakti untuk agama, parents aku, bangsa aku... layak ke aku nak bising2 sbb takder jodoh lagik? So... aku cuma go with the flow. Yang penting, aku ok, mak n abah ok, adik2 aku ok...

Aku syukur sgt sbb adik beradik aku sgt memahami aku. Takder diaorg kisah tgk kakak diaorg nih tak kahwin2 lagik. Mak n abah, walaupun bising2... tapi akhirnya diaorg akur dgn apa yg aku katakan. Alhamdulillah sangat2.

Aku.... mahu berjaya

Berjaya bagi aku... dunia dan akhirat. Kalau dulu selalu lalai dalam menjalankan tanggungjawab sbg seorang ISLAM, ANAK n KHALIFAH di bumi ALLAH nih... aku sekarang ingin berjaya dalam melakukan tanggungjawab aku dengan sebaiknya....

Kalau aku berjaya melakukan ini... aku rasa aku sudah menemui segalanya...

Jadi kalau aku bertemu jodoh dalam ketika ini... itu cuma satu BONUS dalam kejayaan aku... dan satu amanah untuk aku terus berjaya...
posted by myview @ 2:34 PM   0 comments
Yesterday n today....
Thursday, January 15, 2009
Yesterday story....

I wake up at 4.30 am because i got interview for Tabung Usahawan Siswazah at 9.00 am. (Gile over!). Bersiap2 then bertolak ke seremban dulu around 5.45 am. Sampai seremban dalam pukul 7.30 am. Ok2 aku bawak keta slow2 sbb gelap aku nih tak nampak sgt. Lagipun banyak LORI. nak mampos bawak lelaju. (aku masih syg nyawa)

Lepas tu perjalanan ke putrajaya, ami yang bawa. Since, aku tak tau jalan. Nasib ada ami. Lepas dia bawak tu, setibanya di putrajaya aku pun mencari2 lah bangunan mecd. Pusing punya pusing... dah jumpa. Aku sampai awal gak dalam kul 8.30 am. So bawak ami pi makan kat cafe mecd. Lepas makan pagi, kul 9 aku terus naik tingkat 3. Sesampai disana, pegawai tu kata kul 9.30 pg. (ceh! salah info) Tapi yang tak bestnye, dah lah aku paling awal tiba, aku yang kedua last di interview. Memang ces! dan ces! sepatutnya, buatlah first come basis... tapi tak... nak ikut list jugak. Geram tul!

Dalam kul 11 aku dah habis interview. Terus bergerak balik ke seremban sbb nak hantar ami balik. Then terus balik ke rumah. Sanpai kedai around kul 2 pm. Gile penat nih! pastu kena jaga kedai sampai kul 10.30 pm (sbb sibuk fotostat customer punya kerja yg dtg time aku dah nak tutup kedai...siot!)

Sampai jek umah, tanpa mandi dan sebagainya... aku terus tertido kat katil..

Today....

Bangun hari nih around 5am sbb rasa tak sedap badan. After solat, terus meletakkan 'cool fever' kat badan n minum air masak bebanyak. Tetido balik... and bangun2 dah kul 10. Tapi kepala sakit sangat2. So, aku bangun makan uphamol, then tertido kat sofa, terbangun around kul 2. Terus bersiap2 nak pi kerja. Lambat lah pulak hari nih. Kalau ikutkan hati, aku tak nak masuk jek hari nih. Tapi since takder orang yang boleh ganti, aku gagahkan jua la...

Sesampai kat kedai, aku pi makan dulu.(as usual lah) makan pun... muntah balik (mcm baik tak yah makan jek) . Naik ke kedai, ada pulak dua mamat arab (yahudi kot) bodoh nan amat! Aku dah kata nih linux... YM tak leh guna... ok ok aku tau dia merungut2 bodoh kat tepi tu. Dah aku kata, nak guna YM guna instant messenger. Bila aku cuba nak HELP. Dia pandang aku atas bawah (anti pompuan ke?) benci aku..SEKSIS!!

Okla.... aku dah malas nak memarah. Aku cuma berharap.... SME bank leh luluskan aku nyer pinjaman. AMIN....

Da....
posted by myview @ 4:45 PM   0 comments
apa cer?
Sunday, January 4, 2009
First of all... rasanya tak terlambat nak ucap... SELAMAT TAHUN BARU.... buat semua kwn2. Semoga sihat selalu.... Semoga dimurahkan rezeki. Yang dah kahwin.. semoga terus berkekalan hendaknya...

Azam ke?

Dengan usia yang meningkat MUDA nih.. lebih baik kiranya aku tak buat apa2 azam. Lagipun, kalau buat azam... mcm berlambak jek tak tertunai. So, aku biarkan ianya go with the flow. Tapi target untuk lebih berjaya dan produktif tahun nih akan rancak aku perjalankan la....

Aku rasa aku tak mungkin jdk org yg makan gaji. Mungkin aku selesa dengan kerjaya aku sekarang jdk seorang yg bernama peniaga. Kdg2 tu kalau aku FRUST mmg terasa, lebih baik kerja makan gaji. Tapi, hmmm... dengan ekonomi skrg yang semakin merunsingkan. Aku rasa aku lakukan apa yang terbaik buat masa ini sudah juga memadai.

Kenduri Kahwin AKA reunion

Yesterday, we (me n fitri) went to kajang. Untuk majlis kahwin kawan kami Ezran dan pasangannya. Kenapa aku pi dengan fitri. As always la... aku mana tau jalan. Bawa keta tau ahh... Hahaha (sesapa yg kenal aku, depa tau dah) Sesampai je kat signboard KAJANG. hujan turun dengan lebat dan rahmatNYA. Lebat sungguh... awan mendung (tapi tak semendung di bumi palestin..sob sob) Dengan payung tak bawak, kitaorg pun redah jek. Dalam keta masa nak parking tu dah nampak KAK ITA n HUSBAND n DAUGHTER. Tak lupa si hazimin yang baik hati datang bwk payung.

Sampai jek kat khemah, cari geng nak makan. Hehehe. Disebabkan tak jumpa... kami makan jek terus. Tengah2 makan tu... anas n salmi sampai.. blankcurt(azril hanafi) n partners (hehehe).. Kami pun makan dan terus makan. Lama jugalah (buat muka tebal jek... nak duduk lelama sbb tunggu member yg lain)

Dalam nak menunggu ika hamzan sampai.... ezran dah kuar... pong pang pong pang... Ika baru sampai. Ces! Lambat sungguh! Yelah... hantar adik pi kenduri kahwin.. Dia ntah bila lagik. Rasa seronok sgt hari tu... sbb dapat jumpa ramai kawan. Dah rasa mcm reunion pulak. Tapi syg, kamera tak bawak. So... gambar ezran nih pun cilok kat blog ADIYUSERI. (sorry adi)



Selamat Pengantin Baru Ezran... Semoga berkekalan hendaknya....
posted by myview @ 2:43 PM   0 comments
AbOut Me

Name: myview
Home: Melaka, Melaka, Malaysia
About Me: i LovE BeiNg Me.. i LiVe mY LifE 2 tHe FulLest. I'Ll sAy wHat i wAnt To Say....so U bE STroNg
See my complete profile
LoNg LonG tImE AgO..
Archives
...tHey WhO wrItes...
Powered by

BLOGGER

© MeSpeaks .Blogspot Template by Isnaini Dot Com