ha... hari nih aku nak story pasal kahwin2.... hahaha.... pehal pulak nih kan? ala... saja je.
semalam dapat borak dgn member praktikal n kerja lama.... si amir. And he told me that he's gonna get married on this 31/5. Wah! good news....
Aku masih ingat lagik...
Mamat nih, walaupun hakikatnya dia nih tua dari aku berapa bulan tak tau ahh... aku nih still cam kakak dia. Kitaorg rapat gak masa praktikal n kerja dulu. Maybe sbb kita sesama mmu student. Oklah dia nih... takderlah teruk sangat! Sangat baik sebenarnya... and a THINKER! lama sangat fikir... sampai kekadang tu aku selalu meLETOP... hahaha! pernah gak gaduh kat pejabat dgn dia nih.... sampai tak bertegur... ala..AKU YANG OVER! dia as always...COOL! cuma org kat pejabat nampak pelik tengok kitaorg tak bercakap... sbb selalunya.. kitaorg mmg kamceng ahhh... Tapi lelama tu.. tegur gak! Friends are forever maaa..... Masa muda dulu... BARAN tu mmg sifat yang aku takleh kikis. Sekarang nih dah semakin wiser...
Tahun nih ramai betul kawan aku yang nak kahwin. I'm happy for them... Really happy...
AZI bila plak?
Nih aku sendiri lemas nak jawab. Tipu kalau aku kata aku tak nak kahwin. Tapi dah takder jodoh lagik. Takkan nak terkepoh2 nak meng'advertise' diri. Lagipun, aku yang semakin wiser nih merasakan, aku patut cari happiness untuk diri aku dulu. Aku cuma fikir, cukup ke aku berbakti untuk agama, parents aku, bangsa aku... layak ke aku nak bising2 sbb takder jodoh lagik? So... aku cuma go with the flow. Yang penting, aku ok, mak n abah ok, adik2 aku ok...
Aku syukur sgt sbb adik beradik aku sgt memahami aku. Takder diaorg kisah tgk kakak diaorg nih tak kahwin2 lagik. Mak n abah, walaupun bising2... tapi akhirnya diaorg akur dgn apa yg aku katakan. Alhamdulillah sangat2.
Aku.... mahu berjaya
Berjaya bagi aku... dunia dan akhirat. Kalau dulu selalu lalai dalam menjalankan tanggungjawab sbg seorang ISLAM, ANAK n KHALIFAH di bumi ALLAH nih... aku sekarang ingin berjaya dalam melakukan tanggungjawab aku dengan sebaiknya....
Kalau aku berjaya melakukan ini... aku rasa aku sudah menemui segalanya...
Jadi kalau aku bertemu jodoh dalam ketika ini... itu cuma satu BONUS dalam kejayaan aku... dan satu amanah untuk aku terus berjaya... |