MeSpeaks

 
WhAt i Do...
I manage my own company call PHANTER ENTERPRISE. I'm trying to make this business bigger and success. Currently trying to survive this harsh business life...
My MaLaysIan DrEams
To have a better life and gain HIS blessing every second in my life...
SoK sEk CoRNer

ShoutMix chat widget
fOr TimE iS pReciOus
Story banyak.... tapi tak HUPDATE!!
Friday, December 12, 2008
oklah.... aku ada penyakit malas.... susah nak cakap... so aku compile lah semua cerita..... habis bersawang blog aku tak HUPDATE...

Datangnya Orang Jauh....


First.. cerita raya haji. Opah, atuk, ateh n makteh came here from PERAK. Seronok sangat, sbb atuk dah 2 tahun tak datang melaka. Last sekalipun time acik kahwin.. pastu tak mai mai dah. Penat katanya.... Yelah nak turun keta pun dia dah tak berapa larat. Tapi pi pekena teh.... larat wooo!! (itulah unik nye famili sebelah mak nih... mengeteh tu cam acara utama)

Sehari sebelum raya, atuk n opah p jalan2 cari lemang. Pi dengan sapa lagi kalau bukan menantu kesayangan atuk (ABAH leee) ... kata abut yg mengikut... jalan2.. berenti makan. jalan2 lagik... berenti minum. Kata abut, letih mulut dia nak kunyah... hahaha... biasalah orang tua kalau jalan.. memang mcm tu. Bukan dia makan banyak pun... diaorg suka2 jek... Pelik tapi BENAR..

Malam tu byk gak kedai tutup awal, ye lah nak get ready nak sembelih lembu n kambing sok (NAN ADO!!) . Kedai aku antara yang terlambat tutup. Macam biasalah...

Sampai umah, tgk mak tgh sembang2 ngan opah. Apa lagi join le.. sejak aku dah beso nih, mmg pandai mendengar joyah2 nih bercerita. (kecik pun aku buat gak) oo... cerita pasal makteh..

Makteh nye kess...

Dia nih macam weird sikit. Entah le ... Masa mula2 kahwin tu macam ok jek. Nak kata tak semenggah pun ada jugak. Even aku rasa aku lebih matured dari dia. Dalam hati aku, laa.... kan baru kahwin. Takperlah... malas nak fikir. Maybe dia mcm tu sebab pembawakan budak kot. Aku... OK kan aje..

Hari Raya Haji lah Pulak.....

Mak masak nasi tomato hari tu, sedap sey! tapi aku jam 11 dah kuar umah, nak bertolak pi open kedai. (siot jek). As expected MELAKA MALL sunyi GILER! dah kata raya haji.... cuti plak panjang.... sabtu-isnin.. tak ke org balik kg.. apa kejadah nya ini...

Takperlah, aku tak kisah sgt.. sbb kul 8 aku dah balik. Kata mak nak pi makan2. Eh! tak jadik pulak ( aku pun fikir gak tadi... bukan mak niaga ke esoknya) Mak n angah masak banyak gile kata abut. Punyalah diaorg nak opah n atuk melantak kat umah.

Ngeteh Battle

Disebabkan malam tu tak jadik kuar makan, aku ajak atuk pi ngeteh malam tu. Dia mcm biasa lah... OK JEK. Disebabkan kedai MAMAK banyak close. Kitaorg pi lah MAMAK corner kat Melaka Bazaar tu. Battle pun bermula...

Ramai gila org pi ngeteh malam tu. Atau mungkin sbb kedai tu antara kedai yg sedikit buka pd hari raya haji. MAMAK tu punya lah EKSYEN tak tahan. Selaluya kedai dia nih bukan ramai org pun.... Yang aku marah tu, masa amik order, dia leh main amik jek. Kalau short of people, kasik tau lah kat kitaorg customer dia yg roti canai lama nak dapat. Takderlah kitaorg duduk tercangok kat situ. Sah2 lah aku dah bawak atuk makan zubaidah jek. Eh TAKKK! mamak bodoh tu amik gak order.. lepas kitaorg tanya baru dia kata roti lambat! Memang BAB betul!!!

Aku masa bayar tu... macam terperanjat gak bila dia tekan calculator harga mee RM 4.50 sepinggan (bapak tak sedap) ... aku campak jek duit tu. (nak aje aku call jabatan kesihatan)

TopUp Jahanam

First time dalam seumur hidup aku, aku kena tipu psl reload top up. BAB punya CIN. serious penipu! Adik aku ksk rm 10 dia isi RM 5. Memang BAB betul! ok ok...... tarik nafas...

oklah.... aku nak pi bincang2 ngan fahmi pasal RP.... esok aku msk lagi cerita best!

Daa....
posted by myview @ 7:32 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
AbOut Me

Name: myview
Home: Melaka, Melaka, Malaysia
About Me: i LovE BeiNg Me.. i LiVe mY LifE 2 tHe FulLest. I'Ll sAy wHat i wAnt To Say....so U bE STroNg
See my complete profile
LoNg LonG tImE AgO..
Archives
...tHey WhO wrItes...
Powered by

BLOGGER

© MeSpeaks .Blogspot Template by Isnaini Dot Com