So, on 2/11 till 8/11 i went for a kursus call "Kursus Latihan Asas Keusahawanan Siswazah" kat hotel brisdale , KL
Naik bas kul 9.30 pg n sampai lebih kurang kul 11. Ika n makciknye (Cik Li) dtg amik kat pudu. Sebelum turun tu sempat lagi abg bas tu mengayat! Takut gak... sbb abg tu main2 tutup pintu. Walaupun aku TAK CANTIK, aku TAK DESPERATE!
OK....tak kisah lagik...
Then.. ika, me n cik li pi IKEA. Ika kata nak beli pasu untuk cactus kesayangannya (hobi baru). Berjalanlah kami ke sana.... Makan dulu kat kopitiam (Nasi Kari Kambing) . Then penat gila, me round kat IKEA tu. Besar gile...!! ADa jugak dekorasi yang berkenan di hati. InsyaALLAH kalau ALLAH murahkan rezeki aku nak hias cantik2 kasik mak n abah duduk selesa. Sampai lenguh n mengantuk jalan kat IKEA tu. Lagi plak, melihat katil yang empuk2 belaka.
After that, dah tiba masa nak mencari hotel. Sbb nak check in kul 430. Sebelum tu ika sempat beli jeruk. Ika kata " ambik jek... nanti bayar jek lah" haaa..... bila kena RM 7.40... terkedu kejap. Bukan byk pun... tapi jeruk dah di comercialise kan mahal? anyway....
Kami pun mencarilah hotel tu... selepas banyak 'sesat' n buat u-turn, barulah berjumpa hotelnya. Hampa gila bila pi bilik, takderlah cantik manapun. Dahlah hotel tu dekat dgn chow kit road... tapi takperlah aku pi utk mencari ilmu, bukan nak ENJOY!
Malam tu, sblm ika balik, kami pi makan kat ROSDET (dekat dgn chow kit). Harga agak berpatutan. Kami makan nasi bubur, sayur cendawan goreng, ikan masin n sup tulang. Baru RM 35.00 (lebih kurang la) Ok kan?? Sbb nasi tu mmg banyak!
Then, aku bertemulah budak satu bilik dgn aku.... nama dia SHAHILA. mak dia open kedai runcit n jual frozen food. Bagus.... tapi selepas dah kenal dia nih. Aku rasa dia nih kurang confident dgn diri. Bila nak present pun takut2. Aku join grup dgn dia sbb kesian sgt kat dia. Mau berterabur dia....
Budak bilik sblh aku plak... namanya RAZIK. budak JB. Buat bisnes printing, bagus dia nih. Tapi bangun solat subuh punya liat. Mana taknya, kul 1 dok ketuk2 pintu bilik aku. Geram sgt!!! aku nak tido pun susah.... Yang penting... walaupun aku TAK CANTIK, aku TAK DESPERATE!
geram gak kat dia nih.... nasib lah aku malas nak kecoh!
Apa yang aku dapat pi kursus nih? 1. Aku tau peluang lain nak buat pinjaman untuk memajukan bisnes aku 2. Aku dapat kenal ramai org, dan mendengar pengalaman serta pendapat diaorg (walaupun ada yang hampes) 3. Aku dapat menambah ilmu tentang merancang perniagaan 4. Aku dapat tau yang akaun yang aku buat tu ada yg tak complete. (Nak kena beli buku akaun) 5. Meluaskan pandangan kepada bidang perniagaan yang lain.
Lecturer2 yang mengajar semuanya dr UITM. tapi diaorg nih sgt BEST!!! Takder lah kursus tu mendengar jek. Kita kena present gak kertas kerja n financial planning pada akhir kursus tu. Menyeronokkan. Best tau!
Ok... untuk rakan2 yang mahu menceburi bidang perniagaan, pergilah kursus perniagaan ini. Ianya sangat membuka minda. Aku akan pegi kursus lain juga. Contohnya, untuk menjaga kewangan syarikat. Itu bagus untuk pengetahuan, since aku yang jaga akaun syarikat sendiri.
Oklah.... nak out. ENOUGH SAID
|