MeSpeaks

 
WhAt i Do...
I manage my own company call PHANTER ENTERPRISE. I'm trying to make this business bigger and success. Currently trying to survive this harsh business life...
My MaLaysIan DrEams
To have a better life and gain HIS blessing every second in my life...
SoK sEk CoRNer

ShoutMix chat widget
fOr TimE iS pReciOus
mAcam mAcam Ada aDa
Sunday, October 5, 2008
arghhh.....

BoDoh, Babi, sYiaL, hAnjing, LakNat....

banyak gila aku dengar perkataan ini hari ini. Mana taknya ada lah segelintir bebudak muda yang masuk kedai aku hari nih, hanya memanggil kawannya dengan nama ini. Macam dah lazim. Tapi aku macam tertanya-tanya, mungkin nama dia bodoh bin si polan, atau babi bin si polan. oo.... whatEVER!

oRang dAn buTang CANCEL.

aku sering lihat, orang-orang nih suka sangat dengan butang cancel. Tak nak baca ke apa yang tertulis diatasnya. Oh tidak! kalau ada choice log-in atau CANCEL. Tekan CANCEL. pastu boleh ternganga kenapa takleh nak masuk pc. macam-macam ada...

majlis kenduri PAK TEH

on 2nd Oct hari tu aku bertolak dari melaka pukul 10 (after tutup kedai) ke PERAK untuk majlis perkahwinan pak teh aku. Sampai kat perak dalm pukul 5 pagi (3rd Oct). Bangun pagi je, kami terus bersiap untuk melawat kubur arwah atuk mahadi yang berada di sungai siput (moga rohmu dicucuri rahmat tok). Dalam perjalanan pergi tu, mak ceritalah susur galur family dia. Mak nih jarang cerita pasal sejarah family dia, so bila dia bercerita, best mendengar nye. (rasa mcm filem bwg putih bwg merah, serius tak tipu) kalau family abah nih macam cerita pejuang-pejuang bangsa (macam cerita MERDEKA 1957)

so... nak dijadikan cerita, abis jek mak cerita tu, kami ajak mak carik kubur arwah nenek mak (ibu kepada arwah atuk mahadi) lepas lawat kubur arwah atuk mahadi. Nyang nih aku pernah jumpa sat je. Itupun aku tak berapa nak ingat. Alhamdulillah, kami jumpa dan sempatlah mengemaskan sedikit kawasan kuburnya, dan tidak lupa sedekahkan AL-FATIHAH.

Balik jek umah, dah start operasi menolong opah di dapur. Potong bawang lah, potong daun serai lah, potong nenaslah, macam-macam lagik. Aku sebenarnya, masa tgk keluarga PAKLANG mai, aku dah mula tak syok! (MAMI JARUM tuuu) Aku buat tak tau jek. Basuh ayam dalam bilik air (pandai nyer maklang nih!) datang mak aku, basuh kat luar lah.... apa lagik. Pagi sebelum pi tu, kami dengar MAKLANG tu dok heboh dia nak masak makanan pengantin. (aku cam... ye ke?)

Aku malas nak layan sangat, sebab aku rasa bagus jugak. Mak aku leh rileks sket. Fikiran aku dah fikir nak kuar jek petang tu. Selepas menjadi cucu yang baik, aku, angah n abut (charlie's angel) mengorak langkah jalan-jalan ke bandar. Tak pi mana pun, pi JJ jek, jumpa TOWEL. Adik aku yang hero tu, kwn2 dia mai ambik dia. Maka berjalanlah perempuan-perempuan chantek ini ke BANDAR!

Aku, angah, abut n towel @ MCd JJ

Pastu we all went for a MEMEKAK session. Hahaha... tak tau nak buat apa dah!


Angah n Abut posing jek lebih.

Aku Nyanyi seSuka hAti (toWel PasRah)

ToweL nYanyi (aKu pLak PasRah)

Hahaha. Apa-apa pun we had a BLAST! janji ENJOY! Selepas membantai nyanyi 10 lagu. Kami pun berangkat lah pulang ke rumah. Dalam kul 9.30 kami pun sampai umah. Baik neh! (kalau kat umah sendiri kul 12 lum terpacak lagi kat umah) Balik tu, kene bebel ngan atuk arif dulu. Lepas kitaorg cakap elok2 dia... OK jek. hehehe....

Sebelum tido, acu ida dok cerita pasal HAi-O. satu peluang yang baik, dan aku rasa nak mencubanya. Aku rasa aku mampu.... tengoklah! aku kena carik wang permulaan tu. Kul 2 pagi baru tido.

Then esoknya kul 7.30 pg dah kena bangun. Ngantuknya!! bangun, tolong2 lah apa yang patut. Pastu aku pi mandi. Pastu tetiba abah kasik idea kat opah suruh psg langsir kat tempat makan pengantin sebagai background lah. AduS! geramnye.... Buatlah benda ngOk tu. Dan Hasilnya... sampai malu nak tunjuk. Hahaha.... kerja adHoc. masa pun tinggal 30 minit orang ramai nak mai. Geram tul! Naik atas tukar baju, aku, angah n mini (maid mak aku) ditugaskan jaga makanan. Sorrylah makanan kena catu, Opah tu masak budget sangat. Bila kami nak tambah, dia bisisng2 tak kasik. Orang nak lauk lebih terpaksalah kami buat muka toye jek! malunyer.....


Ateh n Mak Teh panJaT bukit



Tulah Tirai yang aku n abut buat




Kami yang keletihan (makan TIME)

Tepat kul 5 kami semua dah FLAT (apa lagi membungkam) Malam ni dah lah nak bertolak balik. Bah kasik ANGAH tido lebih skit. Tapi, malam tu ramai yang pujuk takyah balik dulu. Ajak ngeteh lah apa lah. Aah pulak tegaskan NAK BALIK jugak! So, sebelum balik kami singgah ada ATUK alid (adik opah) makan TOSAI. BEST! tapi nak pi tu, kena tunggu maktam plak sampai. Lama gila! kami pun apa lagik, posing ahh!




4 Jejaka Perasan (Fahmi, Adib, Farhan dan Faris)


hEroeS 'n' Opah


GiRls n OpaH


Last but not least aku adik beradik, with Opah, Mak n Mak Long

Toyol ke Orang?

Sehari sebelum kenduri tu, maklong ada cakap kat aku yang hand bag dia terbuka sikit. Aku cam tak sedap hati. Uiks... ada toyol ke? aku suruh maklong check dulu, kalau betul2 ada hilang baru kita bincang. Then, maklong senyap jek malam tu. So, aku ingat takder apa2 lah kot.

Tapi masa hari kenduri tu, beg besar yang kami simpan beg duit kami terbuka pulak. Dah plak! Toyol lagi ke? Kami tak mau lah buat kecoh sangat. So, malam tu nak balik baru kami check. Dalam perjalanan pulang, abut baru perasan dia hilang RM 150. Ha?? Adus, toyol nih MELAMPAU lah....

Toyol nih kalau betul toyol aku tak kisah sangat. Nih TOYOL kepala manusia. Susah kan? Mak kasik tau maklong malam tu. Pastu, maklong pun bukak lah cerita yang dia pun hilang around RM 100. Disbbkan family maklong n aku malas nak kecoh. Kami senyap jek lah!

Tapi hari nih, OPAH call mak. Tanya betul ke ada duit hilang. Mak cam pelik jek. La... takkan maklong ksk tau kot. Rupanya, atuk marah TOYOL tu pagi tadi. Then datang bapak TOYOL tu, kena bantai teruk. Teruk jugak lah kena bantai. Adus! Adus! Memanglah abut pun marah duit dia hilang.... sebab tu duit raya yang dia ingat nak tampung bayar sewa rumah dia bulan nih. Tapi takdaklah sampai nak menghukum sebegitu sekali. Kalau aku, aku carik kat mana dia simpan duit tu. Bukan main bantai jek. Ok aku tau TOYOL tu banyak mencuri, tapi kalau kita dapat buktikan dia salah... kan lagi baik?

Apa-apalah.... BAPAK n MAK toyol tu pun taklah betul sangat. Takkan lah nak salahkan si TOYOL kan?

ENOUGH

posted by myview @ 6:17 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
AbOut Me

Name: myview
Home: Melaka, Melaka, Malaysia
About Me: i LovE BeiNg Me.. i LiVe mY LifE 2 tHe FulLest. I'Ll sAy wHat i wAnt To Say....so U bE STroNg
See my complete profile
LoNg LonG tImE AgO..
Archives
...tHey WhO wrItes...
Powered by

BLOGGER

© MeSpeaks .Blogspot Template by Isnaini Dot Com