MeSpeaks

 
WhAt i Do...
I manage my own company call PHANTER ENTERPRISE. I'm trying to make this business bigger and success. Currently trying to survive this harsh business life...
My MaLaysIan DrEams
To have a better life and gain HIS blessing every second in my life...
SoK sEk CoRNer

ShoutMix chat widget
fOr TimE iS pReciOus
OUR FLAG....
Saturday, August 28, 2010
apa yang mereka fikirkan bila diaorg BAKAR bendera kita..

Diaorg buat hal depan kedutaan kita dan mengugut untuk menghalau semua rakyat Malaysia di negara dia. Setahu aku yang ada kat INDON tu either student or golongan profesional sahaja. Ada ke yang jadi amah? tukang sapu sampah? yang sesuka hati dia nak 'sweep' rakyat kita?

Artis dia pun perlukan Malaysia untuk maju. Nak harapkan rakyat dia beli kaset or cd, sah2 lah takde kan? Jadi aku dah lama boikot dengan HOT FM sbb depa nilah yang paling banyak putar lagu SEBERANG...

Kita nih sibuk kasik bantuan kat depa. Aku paling benci MISI yang ke ACHEH tu. Aku faham niat mereka murni. Tapi bila KERAJAAN INDONESIA kata kita hantar makanan basi dan busuk. Aku jadi tawar hati nak tolong ACHEH. tp kerana kemanusiaan, kita masih hantar bantuan tanpa memikirkan apa yang mereka katakan.


Aku bersyukur arwah ATUK aku buat keputusan untuk tinggal di TANAH MELAYU. aku kesian pada sedara2 yang stuck kat indon and sgpore.

Kesian pada rakyat INDONESIA yang ada di MALAYSIA. mesti mereka takut dengan kemarahan rakyat MALAYSIA sekarang ini. Sedara2 mereka lupa akan mereka. Mereka2 ini cuma perlukan duit keringat kamu tanpa memikirkan masa depan. Sesungguhnya rakyat INDONESIA yang buat perangai adalah dari golongan orang yang TIADA OTAK!

Aku juga BIMBANG dengan RAKYAT MALAYSIA di INDONESIA. apalah khabar mereka. Mesti mereka takut nak ke kerja dan ke kampus. MOGA ALLAH LINDUNGI mereka semua.

Aku cuma tunggu rakyat INDONESIA yang kekononnye KEBAL untuk datang menyerang MALAYSIA. Aku juga pasti ALLAH itu MAHA ADIL.

Selepas satu bencana ke satu bencana, INDONESIA masih tidak INSAF! Astgahfirullah....
posted by myview @ 1:31 PM   0 comments
Dimana letaknya OTAK mereka?
Thursday, August 12, 2010
Sedih bila baca surat khabar akhir2 ini. Kejadian BUANG BAYI dan macam BUANG SAMPAH. Kenapa ye?

Ada orang nak dapatkan anak pun susah. Mereka yang ALLAH kurniakan anak, buang merata2. Rata2 yang melahirkan anak luar nikah nih di kalangan budak remaja. Nak kata BUDAK macam dah patut, sebab mereka lebih MATANG dari usia.

Mereka2 ini salahkan pendidikan yang tidak mengajar PENDIDIKAN SEKS dari sekolah. Iye ke? Betul ke sebab ini? Bukan salah media artis dan hiburan? Cerita kat wayang dah macam kebaratan... Aku dah mula mual dengan cerita2 kat Malaysia nih.

Macam filem Remp-it, Bohsia, itu semua menunjukkan gejala sosial yang berleluasa kat negara kita ni. Kalau tanya produser.. dia kata nak mendidik bahawa benda tu salah dari segi agama... Tapi aku rasa, tak perlulah artis yang berlakon tu pun buat macam real je.... Produser apa dia tahu... dia tahu $$$$$.

Kita nak menyalahkan orang pun tak guna..

Mari kita sama2 bertindak.

Kalau nampak BUDAK berdua-duaan.. Mari kita TEGUR. Lantaklah orang kata kita nih jaga tepi kain orang ke apa... Kita nak jadi telus..

Ayat2 untuk menegur:

1. Adik, berpeluk, duduk berdua2 nih boleh mendatangkan zina
2. Adik, mula2 peluk, pastu cium, pastu SEKS, pastu TONG SAMPAH ke LONGKANG?
3. Adik, kesian kat bayi yang akan dilahirkan. YANG DOSA TU ADIK!

Boleh tak?

Mari kita sama2 menambah kata teguran...
posted by myview @ 2:59 PM   0 comments
tak rugi tapi jangan melebih
Friday, August 6, 2010
Ini bukan sbb shopping ek...

dah lama aku lihat perangai org mcm ni. dan rata2 nye orang kita... MELAYU. kenapa takut sangat nak bercakap bahasa INGGERIS? kita belajar ENGLISH nih sejak kita darjah satu. takkan lah simple words pun tak faham.

it doesnt matter u cant speak english with perfect grammar or vocab. as long as u can COMMUNICATE thats enough. dah banyak kali aku tegur budak2 nih... kenapa takut sangat tgk mat saleh datang kedai. jawapan tetap sama... tak tau dia cakap pe nanti.

ish... kita nih betul ke tergolong dalam negara yang sedang membangun. kenapa mentaliti rakyat kita tak nak MEMBANGUN. kalau berpakaian mengalahkan orang putih. tapi bila suruh bercakap.. 'i dont know sepatah haram' .. (sayangnye....)

dulu masa aku praktikal.. our supervisor (engineer).. name dia ms JOY. she's a philippino.. so automatically.. to communicate kenelah berbahasa inggeris. tapi setelah duduk sini hampir 3 tahun dia boleh berbicara bahasa melayu (skit2) ... nak dijadikan cerita... sekumpulan pelajar dari sebuah IPTA di melaka (pointer diaorg gempak2 ok)

Kejadian 1

Ms Joy : A, can u tell me the average of reject you got from checking in INFI..
A : err.... hmm..
Ms Joy : yeah.. yeah... AVERAGE .. (PATIENT is not her VIRTUE)
A : i dont know
Ms Joy : u dont learn average in U**M? Call your other U**M friend here.. (ada 4 org lebih kurang)
A,B,C, D & E pun masuk....

Ms Joy : Ok, now u tell me what is AVERAGE..

Ms joy naik berang bila diaorg semua kate... WE dont know...

Ms Joy : Call Azilah (selalunye mmg aku jadik mangsa dia nih)
Aku : Yes Ms Joy.
Ms Joy : What is Average?
Aku : Value of Min (manelah aku ingat definisi betul2 nye)
Ms Joy : Ok.. accepted. How to count
Aku : (dah sudah... ) I dont know the specific words but i can give an example... If we are counting the average between your age and mine. So.. i have to add your age and mine and devide by 2. So to conclude its like counting the total of quantity in the sample devide by no of sample. (apa dah aku merapu nih...)
Ms Joy : Now ABCD understand?
ABCD : oo... kira purata...

Conclusion : Bukan tak tahu... tapi TAK faham term english.. (sayang kan?)

Kejadian 2

A : Along, along tolong sat.. nih mamat arab nih nak beli barang. orang takut nak layan.
Aku : err... oklah. (nasib de pembantu kat kedai)
A : tu along... tanyelah.
Aku : yes sir.. what can i help you.
pak arab : Yes, can i know the price of this lamp?
A : 80 ringgit long..
Aku : (faham lah pulak)... RM 80 sir..
pak arab : no discount?
A : de 10% jek.
Aku : 10 % sir.. (macam tak membantu pe2 pun)
pak arab : ok.. i'll take it. can you wrap it nicely cause i want to give to my fren for her wedding.
A : ok..
Aku : !_*%$#

Conclusion : Bukan tak tau... tapi tak CONFIDENT nak cakap (sayang kan?)

Kejadian 3

Aku : A, tolong jap kasik tau customer pc 18 dah habis masa.
A : ok
Selepas dah bagi tahu... customer tu nk tambah masa
A : along, dia nak tambah satu jam lagik.
Aku : tambah satu jam ke jadikan satu jam?
A : ntah.. dia kate 1 hour..
Aku : Sir, do u want to add 1 hour or you want to make it to 1 hour..
Customer : Make it to 1 hour.
A : tambah satu jam kan kak?
Aku : Bukan dik.. add 1 hour baru tambah 1 jam.. make it to 1 hour.. jadikan 1 jam..
A : Oooo..

Conclusion : mode mengeluh je lah aku cam ni...

Selama 11 tahun kita belajar english.. apalah yang kita belajar sebenarnya? tiap2 tahun.. cikgu mesti ajar articles, grammar (past, present, continous), singular, plural... (tiap2 tahun sampai dah naik jemu)

Sedih lah aku tgk ANAK BANGSA aku langsung tak nak BERUBAH. ye betul kita kene sayangkan bahasa kita. tapi tak salah kalau kita belajar BAHASA orang... itu bende elok. FARDHU KIFAYAH. Dah belajar, jgnlah takut mencuba (benda baik sahaja ye)...

tak rugi kalau menambah ilmu ni. JANGANLAH BUDAYA KUNING kita AMBIK... itu tak betul!

so.. renungkan lah...
posted by myview @ 2:27 PM   0 comments
AbOut Me

Name: myview
Home: Melaka, Melaka, Malaysia
About Me: i LovE BeiNg Me.. i LiVe mY LifE 2 tHe FulLest. I'Ll sAy wHat i wAnt To Say....so U bE STroNg
See my complete profile
LoNg LonG tImE AgO..
Archives
...tHey WhO wrItes...
Powered by

BLOGGER

© MeSpeaks .Blogspot Template by Isnaini Dot Com